Saturday, 30 April 2011

Teknik memerah susu

Credit cara-cara memerah susu dari http://www.momschoice.com.my/

Bagi ibu-ibu yang bekerja, 2 minggu selepas melahirkan bayi adalah waktu terbaik untuk mengumpulkan stok susu sebagai persediaan apabila mula bekerja nanti. Jangan bersedih hati sekiranya hasil susu yang dipam sedikit sahaja, sebaliknya teruskan mengepam dengan mematuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg). Susu yang dipam pada waktu yang berbeza boleh dicampur tetapi perlu disejukkan terlebih dahulu. Sebagai contoh hasil susu yang dipam pada 24 haribulan dan 25 haribulan boleh dicampur selepas beberapa jam diletakkan dibahagian sejuk peti. Barulah susu yang dicampur tadi diletakkan di tempat sejuk beku.

Memerah dengan tangan
- memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
- basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
- sediakan bekas yang bersih dan steril
- lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
- boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
- melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
- tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu - buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
- tekan payudara ke belakang ke arah dada
- perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
- teruskan memicit sehingga susu keluar
- perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
- buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
- tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
- ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
- tukar ke payudara yang satu lagi
- urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
- perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
- setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara

Memerah dengan pam payudara
- baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
- basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
- basuh tangan dengan bersih
- duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
- posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
- mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
- boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
- pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
- masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)

Panduan-Panduan Lain
1. Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
2. Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
3. Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
4. Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump
5. Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)
6. Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
7. Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
8. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

SEMUA TAWARAN DAN PAKEJ TRIAL PACK HANYA BOLEH DI DAPATI SECARA ESKLUSIF DARI SAYA DAN JARINGAN KUMPULAN SAYA IAITU EUPHORIA GBS. IA TIDAK DI TAWARKAN/DI SEDIAKAN DI MANA -MANA CAWANGAN/ PEJABAT SHAKLEE . HARAP MAKLUM.

Wednesday, 27 April 2011

B Complex - Orang yang sensitif perlukannya.


Dari kecil lagi ibu biasa dengar...oh tak bagus makan B complex nanti gemuk. Sebab perkataan ini dah didengari banyak kali maka ianya akan tersimpan di dalam memori di bawah sedar kita dan ianya akan menjadi sesuatu yang paling menakutkan terutama apabila badan kita menjadi besar kononnya akibat vitamin B complex tadi.
Hakikatnya vitamin B adalah vitamin yang dikenali sebagi vitamin starter plug yang menukarkan gula menjadi tenaga. Apabila makanan  ini tidak ditukarkan sepenuhnya menjadi tenaga, maka risiko kencing manis dan risiko masalah kegemukkan mudah berlaku.
Ramai yang beranggapan bahawa mereka tidak memerlukan B complex. Antara penyataan yang biasa kita dengari ;"Oh saya tidak stress." atau "Saya hanya surirumah, mana ada stresss". Hakikatnya keperluan B complex bukan sekadar untuk memastikan kita mampu menangani stress atau tekanan sebaik mungkin, tetapi ia memberi pengaruh yang besar kepada perasaan dan sikap kita secara tidak langsung.

Tahukah anda kekurangan B complex dalam badan boleh menyebabkan anda menjadi seorang yang sensitif, terlalu defensive, minda yang tertutup, keletihan, mudah marah dan mudah merajuk, emosi yang tidak stabil dan paling ketara ialah kemurungan atau kata lain depressed.Selain itu, tanda kekurangan vitamin B ialah sembelit, mudah panik, darah gemuruh, dan kurang selera makan.

Namun tahukah anda B complex dan Vitamin C adalah vitamin yang sangat fragile dan mudah rosak?
B complex dan Vitamin C mudah rosak apabila kita terdedah terlalu lama dalam matahari, apabila kita marah juga menyebabkan dua vitamin ini mudah rosak, pengambilan gula dan kafien yang tinggi, mereka yang mengambil pil perancang keluarga memerlukan keperluan B complex yang tinggi, pengambilan ubat penahan sakit seperti antibiotik boleh memusnahkan b complex yang sedia ada.

Ketidakseimbangan emosi ditambah rasa keletihan yang berlebihan memeng memberi kesan kepada penghasilan susuibu secara tidak langsung. Bila mood tak baik ditambah keletihan akan mengganggu mood ibu nak memerah dan keletihan membuatkan kita memerlukan rehat yang lebih lama dari biasa.

Hakikatnya semua kitra perlukan vitamin ini. Antara kekurangan ketara yang boleh dikesan adalah kulit wajah nampak kusam. Maka keperluan B complex ini tidak boleh dinafikan dengan cara hidup hari ini yang pastinya jauh beza dengan zaman dahulu.

Mari kita lihat kesan pengambilan vitamin ke atas seorang ibu ini :



Beliau berkongsi pengalaman beliau, adakah benar berbeza apabila seseorang itu amalkan supplement dengan mereka yang tidak. Mungkin ada yang berpendapat, dengan masak sendiri setiap hari semua zat mencukupi? Sedarkah kita zat makanan mudah hilang dengan cara masakan, cara penyimpanan dan cara penyediaan kita sendiri sudah membuatkan banyak zat hilang begitu sahaja?

Bukan semua mampu beli vitamin, namun kita ada kelebihan untuk dapatkan dari klinik kerajaan. Namun rasanya jika mampu membeli pam yang  terbaik, barangan bayi yang terbaik, tidak salah untuk kita dapatkan vitamin yang lebih baik dan waktu yang sama memberi vitamin subsidi kerajaan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Renung-renungkan.....


Apabila keperluan vitamin ini dipenuhi, maka secara tidak langsung memberi kesan yang besar pada kesihatan individu tersebut. Bagi ibu yang menyusu, apabila badan sihat, kita juga mudah uruskan rumahtangga, menunaikan tanggungjawab seorang isteri kepada si suami, membuat sesi perahan dengan baik, sentiasa bersemangat waja dan bertenaga.

 
Berminat? Boleh email, sms kepada saya :
ct_nusrat@yahoo.com atau 017-2549388
 

Susuibu - kesinambungan makanan terbaik untuk si manja selepas dilahirkan


Banyak penulisan saya, saya tekankan Shaklee hanyalah untuk membantu si ibu kekal sihat, bertenaga dan mood yang stabil serta secara tidak langsung menjadi pemangkin dalam menjayakan penyusuan susuibu.

Ramai ibu yang mempunyai impian dan menetapkan matlamat untuk menjayakan penyusuan lengkap 2 tahun namun tanpa disedari, adakala kita terlupa kepentingan beberapa perkara yang perlu kita tekankan untuk kita sustained dalam menghasilkan susuibu iaitu kesihatan ibu dan pentingnya penjagaan makanan harian dalam terus menghasilkan nourish milk untuk si kecil.

Pengambilan supplement semasa mengandung sangat ditekankan kerana si kecil dalam kandungan sangat bergantung dengan apa yang si ibu salurkan melalui darah si ibu. Tanpa kita sedari sebenarnya menyusukan anak dengan sepenuhnya adalah sama seperti kita bekalkan zat ke dalam bayi yang dikandung. Sedarkah kita hanya kerana kita mempunyai pilihan sama ada susuibu atau susu formula, maka pengambilan supplement tidak diberi perhatian yang serius. Walhal masa si kecil dalam kandungan, pengambilan supplement diberi perhatian yang serius kerana dikhuatiri anak dalam kandungan terbantut pembesarannya dan perkembangannya terencat. Namun mengapa selepas dilahirkan dan disusukan , kesihatan ibu tidak diberi perhatian yang serius?

Tetapi bila anak makin membesar dan didapati beratnya tidak memberansangkan, waktu itu kita mula mencari supplement.....alangkah baik jika kita mulakan sejak awal kelahiran?

Namun bagi yang menyedari hakikat pengambilan makanan yang tidak seimbang, cara hidup yang terkejar-kejar dan ringkas serta faktor-faktor lain seperti cara penyimpanan dan masakan mempengaruhi zat yang dimakan dan tidak kurang kepada mereka yang alah dengan sesetengah sumber makanan maka pengambilan supplement merupakan pilihan terbaik demi memastikan si ibu dapat membekalkan makanan dalam bentuk susuibu yang penuh khasiat untuk si manja.

Bagaimana dengan mereka yang kurang berkemampuan untuk membeli vitamin? Kita mempunyai pilihan untuk mendapatkannya dari klinik atau hospital kerajaan bagi mengatasi masalah ini. Namun jika berkemampuan untuk membeli pam yang bagus, tidak salah kita belanjakan untuk membeli vitamin yang lebih baik. Ibarat periuk dengan beras....manakah lebih perlu dititikberatkan? Adakah periuk yang bagus atau beras yang baik? Bagi saya pastinya beras sebab ia akan bertukar menjadi nasi dan akan dimakan menjadi darah daging kita.


Kuncinya terletak pada ibu.
Bila ibu sihat, ibu dapat terus menyusukan anak.
Bila ibu sihat ibu dapat terus buat sesi perahan.
Bila ibu rajin, banyak stok yang dapat dibuat.
Ibu itu ibarat pokok. Jika pokok itu subur, insyaALLAH banyak la buahnya dan elok juga hasilnya.





Biz Shaklee Secara Online bagi Suri Rumah dan mereka yg mencari pendapatan Sampingan

 Menjana pendapatan dari rumah mahupun sampingan bersama kami?

Alhamdulilah seminggu sudah selesailah forum Euphoria antara terbesar yang pernah saya hadiri di Hotel Sri Petaling pada 7 Oktober 2012. Ni kali kedua seminar yang dianjurkan Puan Pengetua kami Puan Norita(upline sy yg plg best dan sporting) dan suami beliau sbg penganjur majlis ilmu ini. Saya amat berterima kasihdan teruja dengan segala perkongsian tentang biz Shaklee ni antara speakernya ialah Master Farah Alias, Puan Arnie [ founder of Genkimomma], Puan Tuty untuk bahagian pengetahuan produk.Tak ketinggalan Puan Norita dan suami turut berkongsi rahsian kejayaan mereka malah utk tingkatkan usaha dalam biz...


So ibu2 dan wanita di luar sana terutama mereka yg dah pernah consume Shaklee dan merasa kebaikan produk.Inilah peluang anda utk menambah pendapatan keluarga dan sebagai side income walaupun dah ada kerja tetap masih boleh biz online ni lagi.
Saya sendiri ada kerja tetap bekerja dgn gomen lg.Alhamdulillah bonus Shaklee melebihi gaji tetap.Sape nak bagikan yg penting keep sharing,jangan malu2 dan usaha tangga kejayaan..yeah!Sokongan suami yg paling penting ye!

                                     Bergambar beramai2 dgn ibu2 dan wanita grup Euphoria.. 
  para ibu dan wanita yg khusyuk mendengar taklimat
                                          Ibu bersama ank masing2..  Ni salah satu gambar dari seminar sebelum ni.sy yg belakang sekali sedang menyusu ank..;)..   Keistimewaan kami,ibu boleh membawa ank2 ke seminar dgn istilah lain seminar ni lbh kpd friendly children.Saya sendiri turut bawa ank dan suami sebagai peneman memandangkan ank masih lagi menyusu badan.Tiada masalah utk saya utk tinggalkan pd org lain utk jaga.En huby leh tlg jaga..;)..Nak susu dtg je kat mama..hii...    
Jangan terkejut ye kami hanya grup wanita sahaja yg memonopoli pasaran Shaklee di Malaysia. Malah grup biz lain kagum dgn grup hebat kami. Rahsianya?Tentulah kami ada grup perbincangan di FB mengenai marketing plan.Saling berkongsi ilmu dan sharing tentang produk dan masalah kesihatan yg berkaitan dgn produk.  Kalian juga akn mendapat guide drpd saya sekiranya join ahli bwh sy (downline) utk bagaimana utk  bermula dan  tips2 kejayaan serta murah rezki.Alhamdulillah saya sendiri amalkan tips dari upline saya maka tugas saya pula utk turunkan ilmu pada downline pula.Ingat hanya mereka yg berusaha dan tidak putus asa pasti berjaya.  
perkongsian drpd downline saya sendiri Adah Yusof.Beliau hanya seorang suri rumah sahaja 

 Anda bila lagi??   Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli @ pengedar Shaklee
Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration fee sebanyak RM65 ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM650) untuk mendapat keahlian percuma. Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID saya 852419 sebagai sponsor/upline.

Yuran keahlian Shaklee

Pendaftaran ialah RM65 (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM10 untuk pos member kit sekiranya anda mahu kit tersebut dipos kepada anda, atau dihantar melalui saya. Jumlahnya ialah RM75 WM/ RM85 EM(jika anda tidak pergi ambil sendiri kit di branch).

Tak Perlu Maintain point dalam Shaklee

Sekiranya cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain2 atau minimum purchase

Tak Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?

Benar, tak perlu maintain point atau wajib membuat ada pembelian.



Apa kelebihan menjadi ahli?


1) Boleh membeli produk dengan harga ahli dan mengumpul point anda sendiri.
2) Jika rajin berkongsi dengan point yang tertentu melayakkan kita menerima bonus dalam bentuk cash tanpa perlu ada downline.
3) Jika berminat untuk berbiz, ada kelas tertutup disediakan oleh Pengasas Euphoria (puan Noria) melalui blog tertutup khas untuk ini.
4) Shaklee menawarkan Cash, Car (bonus kereta) dan Convention (local dan International-Umrah bg Muslim).



PERBEZAAN KAMI :
# Perniagaan berasaskan produk Shaklee
# Sistem yang halal
# Gabungan 3 elemen RAHSIA dalam perniagaan
OFFER BEST ini hanya terdapat dalam kumpulan kami sahaja!

Berminat? Boleh emailkan kepada sayact_nusrat@yahoo.com/sms saya 017-2549388 supaya saya boleh daftarkan dalam kumpulan kami. 

Jumpa anda di puncak kejayaan.






LIKE FB Fanpage Women,Pregnancy and Breasfeeding
ID SHAKLEE : 852419
Sms/call:017-2549388
Email:ct_nusrat@yahoo.com


Persediaan sebelum puasa?

Salam semua...Harapnye semua sehat2 yek....
Harini nak share entry dari Kak N iaitu persediaan sebelum berpuasa bagaimana supplement membantu ibu2 yang sedang menyusukan anak sambil menyediakan stok untuk penyusuan sepanjang menghadapi bulan puasa nanti. Tidak salah mencuba demi kebaikan bersama...

Persediaan fizikal.

Untuk berpuasa dan menyusukan anak, si ibu perlulah mempunyai kesihatan yang optimum. Bagaimana nak menghasilkan susu dengan baik dalam keadaan sakit? Maka penjagaan makanan sangat penting. Sebelum berpuasa pastikan si emak jangan sesekali skip makan. Ambil meal seimbang dan jika mampu dapatkan supplement bagi membantu badan si emak mendapat semua keperluan vitamin yang tidak dapat dipenuhi melalui makanan yang diambil tadi. Pengambilan air juga sangat penting demi memastikan si ibu tidak dehydrate.
* Pengambilan supplement yang disyorkan bagi persediaan menghadapi bulan puasa ialah 
ESP- membantu penghasilan susuibu dengan cepat apabila pengambilan air yang mencukupi.
Performance Drink- membantu keseimbangan kandungan gula dalam darah si ibu agar tak mudah pengsan apabila berpuasa sambil menyusukan anak. Selain itu ia membantu agar badan ibu tidak dehydrate sepanjang berpuasa. *boleh diambil pada hari tidak puasa juga.
Alfalfa- well known milk booster. Kandungan protien di dalamnya membantu penghasilan susuibu dengan cepat. Option lain bagi yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan ESP.
Basic vitamin- Multivitamin, B complex dan Vitamin C.


Pengambilan vitamin ini sebelum puasa sangat digalakkan kerana :
1. Supplement yang disyorkan membantu penghasilan susuibu dengan cepat jika pumping session yang konsisten dan air yang mencukupi.

2. Susuibu akan lebih pekat. Anak akan minum kurang tetapi cepat kenyang. Dengan ini si ibu mudah buat stok.

# Please do consult with me for those yang nak jadual pemakanan vitamin khusus pada bulan puasa.

Persediaan Mental:

Persediaan mental boleh dimulakan dengan menjaga solat dengan baik. Mulakan zikir yang mudah...seperti Subhanallah, Alhamdulillah, La ila ha illallah, Banyakkan mengaji antara surah yang digalakkan ialah al Waqiah. Solat2 sunat seperti Dhuha dan Tahajud membantu meningkatkan keimanan kita. Bila iman kita kuat, nescaya semangat untuk menyusukan anak semakin menebal.


Semoga ibu2 yang menyusu mendapat rahmat dan kebahagian di sisi Allah Taala. Amin.

Cara untuk Kurus Tanpa Ubat Ubatan

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.


12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.


16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan

Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit

minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!


21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan

santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan

segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.


24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.


25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

Monday, 25 April 2011

Senarai Semak Keperluan Bayi

Salam semua...moga sehat2 hendaknye....harini entry bukan nak cite pasal produk tapi nak share info bakal ibu tentang keperluan bayi sebelum dilahirkan..So bolehlah refer ape2 yang patut untuk beli barang baby yek...So mommies selamat membaca dan bergumbira utk shopping barang baby nti...t.care...

Keperluan Bayi

Pakaian
  • baju lengan pendek/panjang
  • seluar pendek/panjang
  • sarung tangan & kaki
  • topi
  • lampin/lampin pakai buang
  • selimut
  • barut bayi
  • kain 
  • tuala mandi bayi
  • almari/bakul pakaian
  • sapu tangan
  • tikar getah bayi
  • beg bayi

Mandian
  • sabun bayi
  • bedak bayi
  • losyen bayi
  • syampu bayi
  • besen mandi bayi
  • putik kapas
  • bakul alatan mandian
  • pengalas mandian tidak licin
  • termometer mandian
  • sikat/berus rambut

Penyusuan
  • botol susu
  • puting
  • berus botol susu
  • bekas simpan botol susu (warmer)
  • sterilizer
Tidur
  • bantal, bantal peluk dan tilam
  • sarung bantal dan tilam
  • katil bayi
Lain-lain
  • minyak kembung perut
  • tisu lembab
  • pemotong kuku
  • pembersih hidung





Sunday, 24 April 2011

Polisi Penyusuan Susu Ibu Dunia dan Malaysia

Polisi Penyusuan Susu Ibu Dunia dan Malaysia ialah : Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja sepanjang 6 bulan pertama dan meneruskan penyusuan sehingga usianya 2 tahun. Makanan pelengkap dimulakan pada usianya 6 bulan.
Polisi ini jelas menyatakan HANYA susu ibu SAHAJA makanan bayi untuk 6 bulan pertamanya dan penyusuan masih diteruskan sehinggga anak berusia 2 tahun. Nyata susu ibu sahaja tanpa air suam mahupun susu tambahan mampu memenuhi khasiat yang diperlukan sepanjang tumbesaran bayi.
Bila dinyatakan susu ibu adalah makanan terbaik, ianya memberikan ruang yang longgar untuk ibu bapa untuk memilih susu mamalia lain. Namun apabila ditekankan bahawa hanya susu ibu satu satunya makanan yang sesuai untuk bayi mereka, ramai ibu bapa mula memahami kepentingan susu ibu.

Kolustrum adalah susu ibu awal
Susu ibu terhasil dalam bentuk KOLUSTRUM pada minggu pertama kelahiran. Kolustrum ialah susu awal yang likat dan berwarna jernih malah terhasil dalam kuantiti yang sedikit. Ramai ibu bapa beranggapan bahawa susu mereka tidak cukup untuk bayi namun hakikatnya perut bayi yang kecil (hanya sebesar ibu jari) pada 3 hari pertama tidak memungkinkan mereka minum dengan banyak seperti yang ibubapa jangkakan. Cukuplah kolustrum yang mengandungi antibodi untuk melindungi anak kita daripada jangkitan penyakit. Kurang lemak, tinggi karbohidrat, tinggi protein dan mudah dihadam. Kolostrum juga membantu mengkumuhkan mekonium (najis pertama bayi di dalam kandungan) dan bilirubin serta seterusnya akan mengelakkan jaundis (demam kuning).
Kolostrum mengandungi immunoglobulin A (IgA) yang menyaluti saluran pencernaan bayi untuk melindunginya daripada jangkitan kuman terutama daripada mukus pada trakea, esofagus atau di sepanjang saluran pencernaan atau kuman-kuman daripada persekitaran.
Antara tips untuk menjayakan penyusuan susu ibu ialah ‘menyusukan bayi seawal dan sekerap mungkin pada tempoh awal kelahiran’. Mengikut case study, lebih awal ibu dapat menyusukan bayi selepas melahirkan, semakin panjang tempoh penyusuan tersebut dapat direalisasikan.
Hospital Rakan Bayi juga memainkan peranan yang penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Hospital Rakan Bayi mempunyai anggota perubatan yang terlatih dan memahami kepentingan susu ibu dimana tiada susu formula mahupun botol tiruan dibenarkan dibawa di hospital.
Kolostrum akan digantikan dengan susu matang dalam beberapa hari kemudian. Ia hanya hadir pada hari hari awal kelahiran sahaja, berikan peluang untuk bayi mendapat imunisasi semulajadinya yang pertama pada hari-hari pertama hayatnya supaya dia dilindungi daripada kuman-kuman yang ada di persekitaran kita ini.
Sebaik sahaja ibu pulang dari hospital, cabaran lain bermula. Sokongan insan sekeliling seperti ibu bapa dan keluarga mertua amat diperlukan pada waktu ketika ini. Bayi yang baru lahir biasanya kerap menangis walau hakikatnya menangis ialah satu satunya cara mereka berkomunikasi. Malangnya kebanyakan tangisan bayi ditafsirkan sebagai lapar dan keadaan ini menyebabkan bayi diberikan susu formula atau makanan tambahan lain (seperti bijirin) bagi membuatkan mereka tidur lena.
Bayi mungkin menangis kerana lapar, takut, sunyi, lampin basah, sakit mahupun mahu mendengar suara ibunya. Susukan bayi sekerap mungkin dan elakkan pemberian minuman atau makanan asing kerana usus bayi yang masih belum matang meningkatkan risiko infeksi dan penyakit sekiranya terdedah awal dengan bendasing. Bayi yang tidur lena dan lama bukan petanda yang baik kerana ia meningkatkan risiko SIDS (Sudden infant death syndrome ) dan boleh menyebabkan bengkak susu terhadap ibu. Susukannya selang 1 ke 2 jam bagi menenangkannya sekaligus melancarkan pengaliran susu ibu yang masih belum stabil.
Cadangan kaunselor : Beri sekurang kurangnya masa 9 bulan bagi bayi menerima keadaan sekelilingnya berikutan 9 bulan beliau berada didalam perut dalam keadaan yang sunyi mungkin menyebabkannya takut dan ke

Panduan utk ibu ibu yang sedang mengandung dan mahu menyusukan anak SECARA EKSKLUSIF:

Penyusuan Eksklusif ialah Susu Ibu SAHAJA selama 6 bulan pertama (tiada air kosong mahupun apa apa makanan), dan meneruskannya selama 2 tahun.
Makanan tambahan diberi semasa bayi berusia 6 bulan.
Panduan utk ibu ibu yang sedang mengandung dan mahu menyusukan anak SECARA EKSKLUSIF:
1. Hadiri Kelas Persediaan Breastfeeding atau kaunselor/konsultan laktasi
Terdapat beberapa Hospital/Breastfeeding Centre yang mengadakan Kelas Persediaan
Sertainya dan bawa suami atau org tua yangakan menjaga anda semada dalam pantang
Breastfeeding is natural, tetapi ianya masih skill yang perlu dipelajari antaranya latch on yang betul
Breastfeeding sepatutnya TIDAK menyakitkan
h5550926
Mulut bayi terbuka luas dan bibirnya merangkumi bahagian aerola (bukannya terlipat ke bahagian dalam)
Nipple ibu sepatutnya berada di bahagian lembut rahang atas mulut bayi
Dan bukannya bahagian keras
Proper latch penting demi:
  • Mengelakkan nipple sakit atau crack
  • Mengelakkan breast engorgement
  • Melancarkan pengaliran air susu
  • Merangsang pengeluaran susu
  • Mengenyangkan bayi anda
Kadangkala pembacaan tidak cukup ‘puas’ atau ‘faham’ kan?
Hubungi Pn Suraya, di suraya’at’lunatots.com untuk arrangement sekiranya anda mahu kaunseling personal dari beliau.

2. Kenal pasti doktor, komplikasi dan tempat melahirkan
Proses birthing yang dirancang dan tidak memenatkan memberi lebih peluang kepada anda utk fokus terhadap keperluan baby
Beritahu secara bertulis kepada pihak hospital supaya bayi anda tidak disusukan dengan susu formula kerana anda mahu menyusukan nya sendiri
Refer entri ini untuk mengetahui kepentingan penyusuan awal (susu ibu) terhadap bayi anda

3.Faham anatomi dan fisiologi payu dara anda
Semasa mengandung, tubuh anda sudah bersedia menyediakan payu dara anda utk menyusukan anak yang bakal dilahirkan
Maksudnya, susu anda sudah ada sebaik sahaja bayi dan uri dikeluarkan
Tidak ada org yang TIADA SUSU atau BELUM ada susu
Tiada sedutan dari bayi bermakna tiada stimulation
Dan boleh mengakibatkan susu tidak keluar
Maksudnya : Susukan bayi anda sebaik sahaja selepas melahirkan
Bayi anda tidak perlukan susu formula yang disediakan 3 oz setiap sesi oleh pihak hospital

4. Rooming In dan BF On Demand
Tidur bersama sama baby semasa di hospital dan susukannya setiap kali dia merengek/ cooing

5.Sediakan breastpump sebelum melahirkan
Anda boleh mula mengepam seawal hari ketiga kelahiran
Prepare for the worst, mungkin bayi atau anda terpaksa di tahan di wad
Anda masih boleh menyusukan anak anda dengan susu ibu dengan cara mengepam susu
Refer entri ini untuk panduan mengepam

Ramai ibu gusar untuk membeli breastpump yang bagus (dan mahal) kerana bimbang diri tiada susu (dan membazir)
Again, pam yang mahal akan berbaloi dengan kualitinya berbanding anda menggunakan pam murah dan menyakitkan, kan?

6.Sediakan aksesori utk kemudahan breastfeeding:
8. Knowledge is Power


Sumber : http://www.diyaluna.com

Peralatan Penyusuan Saya


Pam Spectra3
 


Pro Mom Bag
 

 Cooler Bag


Storage Bottle
 

 
Ice Pack



Dah tengok gambar2 kat atas, hah tula peralatan saya bawak kat ofis tiap hari (saya keje shif tak keje tiap ahri pun) dalam 1 beg Pro Mom tau..Memang stylo yek dan amat efisyen bile beli 1set ni...harga RM620 je....Tapi storage bottle saya bawak 5botol je...Anda bagaimana???


Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Malaysia






Nak tau tak buku apa kat atas ni?jeng..jeng..jeng......memang tak surprise pun coz da nyata tulis Buku Panduan Penyusuan kan. Hah ni nak cite la pasal buku ni saya beli untuk panduan sebelum masuk keje. Best buku ni  banyak info2 yang menarik dan berguna sebagai panduan. So kawan2 yang tercari2 buku ape yang sesuai pasal panduan susu ibu, ni lah buku yang saya duk baca dan telaah untuk memahaminya. Better beli sebelum bersalin ye. Tapi yang dah bersalin belum terlambat lagi kalau nak belajar dan nak tau. Kan sharing is caring. Jom dapatkan sekarang buku ni RM10 je saya beli kat Butik Lunatot gak..;)..Rasenye kat Kedai buku or butik baby pun ade jual kot..nak order online leh gak...meh saya bagi link lunatots yek..Klik je ni