Friday, 16 September 2011

VIVIX -DARI ANGGUR YG LEBIH BESAR DARI BIASA






Memang tidak ibu nafikan harga sebotol harga Vivix Shaklee sedikit mahal berbanding produk supplementnya yang lain. Tetapi setelah ibu membaca kebaikan resveratrol kepada tubuh jadi pada ibu ianya sangat berbaloi untuk mengurangkan kesakitan bagi pesakit yang menderita penyakit yang kronik. Macam yang dilalui oleh ibu kepada teman ibu auntie Niza yang mana sebelum ini mempunyai masalah sembelit yang teruk....alhamdulilah selepas mengambil Vivix dengan izin Allah jua masalahnya telah selesai. Begitu juga dengan makcik ibu Cik Liza, kini dah tiada berwajah pucat, lebih bertenaga, berselera makan dan batuknya akibat nanah dalam paru2 dulu kian beransur baik. Terima kasih ya Allah Engkau mengizinkan aku memberinya supplement yang betul sewaktu beliau memerlukan.

 Apakah kandungan sebenar dalam sebotol Vivix?

Ada 4 jenis buah termasuk tumbuhan; iaitu Anggur Muskat. Anggur Muskat dan bijinya merupakan salah satu daripada sumber2 terbaik yang bersifat antioksidan dan mempunyai anti-radang. Ia juga turut dikenali sebagai Anggur No 1 di Amerika. Ianya jauh lebih besar daripada buah anggur itu subur di kawasan Tenggara AS yang beriklim panas. Saiz sebuah muskat ialah sekitar lima sentimeter (sm) iaitu seakan-akan sebiji plum. Menariknya, di dalam biji muskat ini, terdapat satu kromosom tambahan (20 kromosom berbanding anggur lain yang hanya mengandungi 19 kromosom).Kromosom tambahan inilah yang dipercayai membekalkan sejenis nutrien antipenuaan khas. Malah, kandungan kompaun polifenol dalam buah muskat adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada yang terdapat dalam wain merah.. Buah ini dikatakan mempunyai kandungan resveratrol yang tinggi.
Resveratrol pada hakikatnya juga telah lama menjadi fokus penyelidikan golongan saintis di serata dunia. Dalam tempoh hampir dua dekad, lebih 2,000 eksperimen berbeza telah mencungkil rahsia dan impak ke atas kesihatan.
Resveratrol biasanya diekstrak daripada biji dan kulit anggur muskat (muscadine).

Selain anggur Muskat, 3 lagi yang terkandung dalam botol vivix ialah:
 Elderberry, Lobak Ungu dan Polygonum Cuspidatum. Seperti dalam gambar di bawah.
.

Sumber dari Kosmo!Online

credit

No comments :