Friday, 2 September 2011

SALAM AIDILFITRI......

Salam semua...
Alhamdulillah harini masuk hari raya ke4 baru saya berkesempatan nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog,family,sedara mara dan kawan2....Moga raya tahun ni lebih meriah dan berkat hari raya ini juga ikatan persaudaraan semakin erat bila dah berjumpa sanak saudara atau kawan2 ye bila beraya.
           Saya pun baru saje pulang dari kampung nenek di Kuala Pilah,Negeri Sembilan (kg belah mak)...Saya tak balik beraya rumah mak kat muar sebab mak pun balik kg nenek..Alhamdulillah turn raya tahun ni ikut saya lak..En huby kt kelantan..tak dapat nak beraya kat sana insyaAllah Raya Haji balik kampung sana pulak dan tahun depan raya sana pulak...(kena ikut turn ye baru aci..hehe...)
           Dalam sibuk berhari raya ni,makan kena jaga dan berpada2 ye....yang penting jaga kesihatan diri...Bagi mereka yang ingin mencuba vitamin dan produk Shaklee boleh dapatkan dari saya...raya ni macam2 yg kita makan..mustahil utk kita dapatkan makanan yg seimbang dan berkhasiat..So apa yg saya buat saya cover balik dengan pemakanan supplement yg mengandungi vitamin2 yang sememangnya utk kesihatan dalaman...
           Akhir kata,maaf dipinta andai tersalah kata dan atas segala kesilapan andai terasa hati...Semoga raya tahun ini lebih ceria dan bermakna.....

No comments :