Saturday, 20 August 2011

TIPS MENGURANGKAN KEHAUSAN KETIKA BERPUASA UNTUK IBU MENYUSU.

Bulan puasa dah hampir masuk minggu ketiga. Tubuh kita semakin biasa dengan rasa lapar di siang hari. Walau pun mungkin ada yang sudah beberapa kali terlepas makan sahur, puasa masih dapat diteruskan seperti biasa. 

Masalah kekurangan pengeluaran susu ibu dan kehabisan stok susu ibu adalah masalah paling biasa dialami oleh ibu-ibu menyusu.

Ia adalah seiring dengan masalah dehidrasi yang sering dialami oleh ibu menyusukan anak berbanding rasa lapar ketika berpuasa. Dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, letih, menggigil, rasa loya, pening-pening dan rasa haus yang melampau. Sekiranya keadaan ini berlaku, adalah lebih baik bagi seseorang itu berbuka puasa.

Malah tahun lepas mama juga pernah alaminya. Tiba - tiba mama rasa sejuk mengigil dan rasa lemah seperti nak pengsan. Suhu badan mama juga meningkat sehingga 38.8 degree.

Bagaimana mengelakkan berlakunya dehidrasi melampau ketika berpuasa
(1) Pastikan minum air kosong sebanyak yang mungkin selepas berbuka puasa. Kurangkan minuman yang manis dan ais.

(2) Elakkan makanan yang berempah, pedas dan mempunyai kandungan garam yang tinggi. Ini kerana garam yang tinggi menyebabkan air ditarik keluar dari sel seterusnya menyebabkan badan terhidrat. Manakala makanan yang berlemak yang tinggi ketika sahur mudah menyebabkan rasa lapar ketika berpuasa. Shake kurma boleh membantu rasa kenyang yang lebih lama.

(3) Sebaiknya kurangkan aktiviti yang banyak mengeluarkan peluh di siang hari

(4) Sekiranya cuaca terlalu panas, basahkan kepala dengan air.

Sebaiknya masukkan supplement ke dalam diet bagi mengisi kekurangan mana-mana nutrisi yang diambil sepanjang tempoh berpuasa. Pengambilan vitamin adalah langkah permulaan yang terbaik untuk anda.
 

No comments :