Tuesday, 14 June 2011

Benarkah Shaklee Dapat Menambah Susu Saya?

Benar dengan syarat anda mesti mengepam dengan konsisten dan berjadual. Apakah maksud mengepam dengan konsisten dan berjadual dan kalau Shaklee ini menambah susu perlukah saya mengepam? Ini adalah di antara soalan-soalan cepu emas yang saya sering dapat dari ibu-ibu yang baru pertama kali ingin mencuba produk kami. Untuk pengetahuan anda apa sahaja yang anda ambil untuk memperbanyakkan susu badan tidak kiralah penggalak susu sahaja, ubat ataupun apa jenis suplemen pun anda masih perlu lagi mengepam. Tiada jalan singkat untuk perbanyakkan susu sebenarnya.

Ada seorang ibu ini hendak mendapatkan set B daripada teman saya, katanya susu semakin kurang tatkala anak mencapai 8 bulan. Apabila ditanya berapakah kekerapan jadual mengepam di pejabat...katanya 2x sahaja kerana kesibukan kerja. Iya saya faham kondisi ibu-ibu seperti ini tetapi yang membuatkan saya agak ralat ialah di mana ibu ini mengatakan "Shaklee tidak serasi dengan saya sebab saya kena juga mengepam". What do u expect? Bagi saya tiada jalan pintas untuk berjaya, betul tak. Bagi saya bukan Shaklee tidak sesuai dengan ibu tersebut tetapi dia yang tidak sesuai untuk menjadi ibu yang menyusu jika dia tak mahu berkorban dan tidak berusaha untuk menyusukan anaknya. Bayangkan adik ipar saya sanggup mengepam 2-3 jam sekali untuk mencetuskan susu bagi anak angkatnya apatah lagi kita ibu yang sihat, normal dan mampu untuk menyusukan tetapi tidak mahu berkorban untuk tambah sesi mengepam semata-mata mengharapkan suplemen semata-mata. Adik ipar saya ambil ubat banyakkan susu pun still mengepam dan sangat gembira walaupun dapat sesudu susu badan. 

Kata kunci yang sangat mudah untuk perbanyakkan penghasilan susu ialah;

To speed milk production and increase overall milk supply, the key is to remove more milk from the breast and to do this frequently, so that less milk accumulates in the breast between feedings. 
Pengambilan suplemen di dalam penyusuan ialah untuk membantu si ibu lebih bertenaga, lebih sihat, perbaiki taraf kehidupan yang mana kita amat sukar mendapatkan makanan yang berkhasiat dan seimbang, mengurangkan keletihan, mengurangkan tekanan serta memperkayakan lagi nutrisi susu badan kita. Ibu yang sihat dari segi fizikal dan mental mampu menghasilkan susu dengan lancar. Saya seringkala menerima aduan bahawa kebanyakan daripada kita mudah letih dan penat kerana kita bukan sahaja menjadi seorang isteri dan ibu bahkan kita juga adalah pekerja. Ada kes di mana si ibu tidak dapat melayan si suami kerana terlalu penat dan stres. Set B bukan sahaja khusus untuk ibu menyusu bahkan sesiapa sahaja boleh mengambilnya. Ramai mengetahui alfafa adalah penggalak susu tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa alfafa juga dapat mengatasi masalah dingin seks, mengurangkan keputihan, mencuci darah, mengawal diabetis, gout, mengurangkan rasa sengal dan lenguh badan bahkan juga dapat membantu kita untuk mengurangkan berat badan.

Ibu perlu tahu bahawa untuk perbanyakkan penghasilan susu konsep demand and supply perlu dipratikkan. Susu tidak akan wujud jika tidak ada rangsangan daripada mulut bayi ataupun pam dengan kerap. Ibu yang mengepam 2 kali sehari sewaktu bekerja akan mengalami kemerosotan susu secara perlahan. Pastikan ibu adakan 3-4 sesi mengepam di pejabat untuk mengekalkan penghasilan susu badan. Ada juga ibu mengepam apabila payudara bengkak dan ianya adalah salah. Nasihat saya dapatkan seberapa banyak informasi tentang penyusuan dengan betul atau bertanya pada mereka yang tahu tentang penyusuan. Pengambilan SUPLEMEN adalah usaha sahaja dan ia tidak semestinya menjanjikan kejayaan jika ibu hanya mengharapkan suplemen untuk menambah susu. Ingatlah tiada jalan pintas untuk membanyakkan susu. Sama juga bagi mereka yang ingin kelihatan kurus, jangalah mengharapkan ubat kurus semata-mata jika anda tidak bersenam atau mengawal makan.

No comments :