Sunday, 1 May 2011

Benarkah menstrual menjejaskan penyusuan?

credit


Ada beberapa teman ibu menjadi susah hati apabila kehadiran menstrual semasa penyusuan...
Benarkah kehadiran menstrual mengganggu penghasilan susuibu?

Benarkah kehadiran menstrual menyebabkan penghasilan susuibu berkurang?

Benarkah kehadiran menstrual membawa maksud penyusuan akan berakhir?


Apa yang akan ibu coretkan adalah melalui pengalaman ibu sendiri yang menyusukan anak dan melalui menstrual sebaik sahaja berakhir darah nifas. Adakah menjadi kerunsingan pada ibu apabila kehadiran menstrual sebaik sahaja habis nifas? Jujurnya ibu pada waktu itu yang tiada pengalaman langsung terus menghantar mesej kepada Dr Rolland Mattu iaitu doktor yang bertanggungjawab menyambut kelahiran Addin dan Nasa.

" Doctor is it normal menstrual saya datang after 30 days delivery my baby?" ....mesej ibu kepada tuan doktor.

Selepas beberapa minit kemudian barulah doktor menjawab...bahawa setiap wanita tidak sama dan kemungkinan kehadiran menstrual sama ada awal lambat adalah bergantung kepada diri individu itu sendiri.


Ibu adalah wanita yang melalui menstrual setiap bulan selepas kelahiran anak2 ibu walaupun ibu menyusukan sepenuhnya anak2 ibu dengan susu badan. Jika benarlah menstrual mengganggu penghasilan susuibu, penghasilan susuibu berkurang dan sebagai tanda penyusuan akan berakhir....    maka tiadalah ibu berjaya menyusukan Addin sehingga 3 tahun dua bulan dan Nasa dua tahun setengah.

Bagaimana untuk memastikan kehadiran menstrual tidak menjejaskan penghasilan susuibu? Setelah melalui pengalaman penyusuan dengan jayanya dengan dua wira ibu iaitu Addin dan Nasa serta melalui beberapa pembacaan ibu...antara yang boleh dilakukan oleh si ibu demi memastikan penyusuan dapat diteruskan dengan baik sepanjang proses menstrual ialah:

1. Pastikan pengambilan makanan  yang seimbang: pastikan dalam menu harian mempunyai kalsium , protin, b complex yang mencukupi. Pengambilan makanan kegemaran sangat membantu penghasilan susu yang hebat.

2. Pengambilan air yang tidak kurang dari 2 liter.

3. Melakukan sesi mengepam yang teratur (bagi ibu yang tidak dapat melakukan direct feeding atau ibu yang bekerjaya).

4. Berterusan melakukan amalan sunat iaitu berzikir Ya Matin semasa penyusuan dan sesi mengepam.

5. Pengambilan supplement tertentu bagi membantu si ibu sustained.


Sebenarnya ramai ibu yang melalui ketidakstabilan hormon semasa kedatangan menstrual. Kejayaan penyusuan hakikatnya memerlukan keseimbangan rohani dan jasmani. Zikir masih boleh diteruskan walau kita di datangi menstrual. Ianya membantu rohani kita tenang dan sentiasa bertawaduk serta istiqamah.

Ramai yang membaca di forum dan banyak kenyataan yang dikeluarkan bahawa menstrual menjejaskan penghasilan susuibu. Apabila ibu2 yang belum di datangi menstrual membaca penyataan tersebut maka secara langsung ianya akan tersimpan di dalam minda bawah sedar si ibu tadi. Apabila si ibu itu telah didatangi menstrual maka apa yang tersimpan di dalam minda bawah sedar   tadi akan terus tersimpan di dalam minda sedar si ibu.

Si ibu akan mempunyai satu pemikiran yang secara automatik akan memberi kesan kepada seluruh tubuh. Secara langsung ini akan mengganggu penghasilan susuibu tadi. Akal ialah tempat kawalan ke semua pergerakan serta tubuh manusia. Apabila seseorang itu berpegang kepada minda yang negatif maka ianya secara automatik akan mengganggu penghasilan susuibu. Namun jika si ibu itu sentiasa positif insyaAllah penghasilan susu tidak terjejas.

Testimoni:

Ibu menerima panggilan telefon dari customer ibu yang lebih selesa ibu panggil Kak Nadia. Beliau adalah seorang expressing pumping mother. Beliau telah mengambil trial pack dalam seminggu. Kak Nadia menelefon ibu kerana terkejut dengan kehadiran menstrualnya tanpa disedari. Kak Nadia memberitahu bahawa hasil pumpingnya merundum menjadi 4 oz semasa sesi mengepam pagi itu. Ibu telah menasihatkan Kak Nadia agar berfikiran positif. Beliau meluahkan rasa takutnya apabila teringatkan kata2 dalam forum yang mengatakan bahawa menstrual menjejaskan penyusuan. Namun ibu meminta kak Nadia tenang dan mengambil tambahan 2 biji B Complex lebih dari pengambilan hari biasa agar Kak Nadia sentiasa tenang dan positif. 
dan.....inilah mesej dari Kak Nadia petang semalam:


" N syukur alhamdulillah...tadi lepas makan tengahari akak telan 2 biji alfalfa dan setelah cakap dengan N , feel akak ok balik dan akak try think positif bahawa menstrual takkan dropkan susu akak.... dan walaupun akak belum makan b complex... syukur ... really work it..... back to normal. Pukul 2 tadi dapat 7oz. Betullah cakap N... mood yang ok , positif minda dan boost dengan alfalfa really help me.. really2 thanks a lot, N ... gembira sangat ni... So, lepas ni akak tak worry lagi bila menstrual tambah2 dah tak kena senggugut lepas makan vitamin Shaklee."

Ada seorang tabib Cina mengatakan bahawa apabila seseorang itu mendapat cukup zat dari kumpulan B complex terutamanya maka ia akan membantu individu itu sentiasa berfikiran positif. Ini memang benar dan ramai customer ibu yang mengakuinya.

Secara kesimpulannya dapat ibu katakan menstrual tidak menjejaskan penghasilan susuibu jika si ibu itu  sentiasa sustained dan sihat dari segi mental dan fizikal!

No comments :