Sunday, 24 April 2011

Polisi Penyusuan Susu Ibu Dunia dan Malaysia

Polisi Penyusuan Susu Ibu Dunia dan Malaysia ialah : Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja sepanjang 6 bulan pertama dan meneruskan penyusuan sehingga usianya 2 tahun. Makanan pelengkap dimulakan pada usianya 6 bulan.
Polisi ini jelas menyatakan HANYA susu ibu SAHAJA makanan bayi untuk 6 bulan pertamanya dan penyusuan masih diteruskan sehinggga anak berusia 2 tahun. Nyata susu ibu sahaja tanpa air suam mahupun susu tambahan mampu memenuhi khasiat yang diperlukan sepanjang tumbesaran bayi.
Bila dinyatakan susu ibu adalah makanan terbaik, ianya memberikan ruang yang longgar untuk ibu bapa untuk memilih susu mamalia lain. Namun apabila ditekankan bahawa hanya susu ibu satu satunya makanan yang sesuai untuk bayi mereka, ramai ibu bapa mula memahami kepentingan susu ibu.

Kolustrum adalah susu ibu awal
Susu ibu terhasil dalam bentuk KOLUSTRUM pada minggu pertama kelahiran. Kolustrum ialah susu awal yang likat dan berwarna jernih malah terhasil dalam kuantiti yang sedikit. Ramai ibu bapa beranggapan bahawa susu mereka tidak cukup untuk bayi namun hakikatnya perut bayi yang kecil (hanya sebesar ibu jari) pada 3 hari pertama tidak memungkinkan mereka minum dengan banyak seperti yang ibubapa jangkakan. Cukuplah kolustrum yang mengandungi antibodi untuk melindungi anak kita daripada jangkitan penyakit. Kurang lemak, tinggi karbohidrat, tinggi protein dan mudah dihadam. Kolostrum juga membantu mengkumuhkan mekonium (najis pertama bayi di dalam kandungan) dan bilirubin serta seterusnya akan mengelakkan jaundis (demam kuning).
Kolostrum mengandungi immunoglobulin A (IgA) yang menyaluti saluran pencernaan bayi untuk melindunginya daripada jangkitan kuman terutama daripada mukus pada trakea, esofagus atau di sepanjang saluran pencernaan atau kuman-kuman daripada persekitaran.
Antara tips untuk menjayakan penyusuan susu ibu ialah ‘menyusukan bayi seawal dan sekerap mungkin pada tempoh awal kelahiran’. Mengikut case study, lebih awal ibu dapat menyusukan bayi selepas melahirkan, semakin panjang tempoh penyusuan tersebut dapat direalisasikan.
Hospital Rakan Bayi juga memainkan peranan yang penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Hospital Rakan Bayi mempunyai anggota perubatan yang terlatih dan memahami kepentingan susu ibu dimana tiada susu formula mahupun botol tiruan dibenarkan dibawa di hospital.
Kolostrum akan digantikan dengan susu matang dalam beberapa hari kemudian. Ia hanya hadir pada hari hari awal kelahiran sahaja, berikan peluang untuk bayi mendapat imunisasi semulajadinya yang pertama pada hari-hari pertama hayatnya supaya dia dilindungi daripada kuman-kuman yang ada di persekitaran kita ini.
Sebaik sahaja ibu pulang dari hospital, cabaran lain bermula. Sokongan insan sekeliling seperti ibu bapa dan keluarga mertua amat diperlukan pada waktu ketika ini. Bayi yang baru lahir biasanya kerap menangis walau hakikatnya menangis ialah satu satunya cara mereka berkomunikasi. Malangnya kebanyakan tangisan bayi ditafsirkan sebagai lapar dan keadaan ini menyebabkan bayi diberikan susu formula atau makanan tambahan lain (seperti bijirin) bagi membuatkan mereka tidur lena.
Bayi mungkin menangis kerana lapar, takut, sunyi, lampin basah, sakit mahupun mahu mendengar suara ibunya. Susukan bayi sekerap mungkin dan elakkan pemberian minuman atau makanan asing kerana usus bayi yang masih belum matang meningkatkan risiko infeksi dan penyakit sekiranya terdedah awal dengan bendasing. Bayi yang tidur lena dan lama bukan petanda yang baik kerana ia meningkatkan risiko SIDS (Sudden infant death syndrome ) dan boleh menyebabkan bengkak susu terhadap ibu. Susukannya selang 1 ke 2 jam bagi menenangkannya sekaligus melancarkan pengaliran susu ibu yang masih belum stabil.
Cadangan kaunselor : Beri sekurang kurangnya masa 9 bulan bagi bayi menerima keadaan sekelilingnya berikutan 9 bulan beliau berada didalam perut dalam keadaan yang sunyi mungkin menyebabkannya takut dan ke

No comments :