Wednesday, 13 April 2011

OsteMatrix

 RM49.00

Membantu mengurangkan risiko Osteoprosis
OsteMatrix terbukti secara klinikal membekalkan satu matriks zat-zat penting dan unik serta melebihi kalsium untuk membina dan memelihara tulang dan gigi yang kuat.

Di samping pembentukan tulang dan gigi yang kuat, zat-zat dalam OsteMatrix;

  • membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
  • menolong mengurangkan siptom-siptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan
Fakta Tulang Kita

Apa akan berlaku jika kita tidak mempunyai tulang? Tanpa tulang, kita hanya segumpal kulit di atas lantai. Kita tidak mungkin boleh berjalan, bercakap atau berdiri. Rangka badan manusia mempunyai  206 tulang. Tulang membentuk struktur dan memberi sokongan supaya badan manusia boleh berdiri tegak, membolehkan kita bergerak. Ia juga menyimpan kandungan 99% kalsium di dalam badan.


Tahukah anda..
  • tulang kita diperbaharui sepenuhnya setiap sepuluh tahun
  • tulang manusia adalah 4 kali lebih kuat berbanding konkrit
Tulang Anda Adalah Tisu Hidup!

Tulang adalah tisu hidup yang terdiri daripada sel-sel hidup (kolagen dan sbgnya) dan mineral (kalsium dan sbgnya), beserta saluran darah dan saraf.
 
Tulang anda akan terurai dan membentuk semula melalui proses semulajadi yang dikenali sebagai "pembinaan semula tulang" yang berlaku sepanjang hayat anda.

Proses penguraian dan pembinaan semula membolehkan tulang-tulang baru dibina. Kedua-dua proses ini perlu seimbang untuk mengekalkan jisim tulang. Jika aktiviti penguraian melebihi pembinaan semula, ia mungkin mengakibatkan pengurangan jisim tulang. Ini bermakna, jika aktiviti penguraian tulang berkurangan, anda akan dapat melindungi kekuatan tulang anda.

Daripada usia 30an, tulang anda boleh MEROSOT!

YA, jisim tulang yang berkurangan tidak dapat dikembalikan. Ketika kita muda proses pembinaan semula tulang menyebabkan lebih banyak tisu tulang dibentuk. Apabila kita mencapai usia dua puluhan atau tiga puluhan, jisim tulang kita mencapai kemuncaknya. 

Semakin usia meningkat, lebih banyak jisim tulang akan berkurangan kerana aktiviti penguraian melebihi aktiviti pembentukan semula.

Jika ini berterusan, tulang boleh menjadi lemah dan keretakan tulang mungkin berlaku.

Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang menyebabkan tulang anda menjadi lemah dan rapuh, terutamanya di pergelangan tangan, pinggul dan tulang belakang, menjadikannya mudah patah. Kemerosotan tulang berlaku secara perlahan-lahan, tidak menyakitkan dan tidak menunjukkan sebarang siptom. Mereka yang mengalami esteoporosis hanya menyedarinya setelah mengalami kepatahan tulang.

Cara-cara mengekalkan TULANG YANG KUAT
  • Pemakanan yang seimbang. Pengambilan 'nutrien tulang' yang secukupnya seperti kalsium dan vitamin D dalam diet anda amat penting.  Susu merupakan salah satu sumber baik kerana ia membekalkan anda dengan nutrien penting yang lain seperti protein, magnesium dan zink.
  • Senaman. Tulang kita boleh menjadi semakin kuat dengan senaman, seperti berjalan kaki, erobik, lompat tali, menaiki tangga, jogging dan menari
  • Gaya Hidup Sihat. Elakkan merokok dan pengambilan alkohol yang berlebihan. Ia boleh mengurangkan kandungan kalsium dan mineral di dalam tulang, menjadikannya lemah dan mudah patah.
Bagi mereka yang tidak boleh menelan susu, anda boleh mencuba OsteMatrix kami yang mengandungi kalsium magnesium dan juga vitamin D. Siapakah yang boleh mengambil OsteMatrix ini? Ibu yang menyusu, ibu yang hamil, kaum wanita dan juga kaum lelaki tidak kira peringkat umur.




*produk ini tidak bertujuan untuk mendianogsis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

No comments :