Thursday, 7 April 2011

Kebaikan Susu Ibu berbanding Susu Formula

Salam semua...
Entry kali ni saya nak cite serba sikit kebaikan susu ibu..mesti ramai yang dah tahu, tak kurang jugak yang kurang tahu atau belum tahu.   So.saya nak share kat sini ye supaya ada kesedaran antara kite. Saya tak kata susu formula tidak baik tapi khasiat lebih kepada susu ibu. Saya pun bukanlah bayi susu ibu campur2 jugak memandangkan saya dilahirkan sebagai kembo pulak tu. Alkisahnya mak saya memang tak larat la nak nenen kan kedua-dua anaknya ini..hehe..oklah jom baca kat bawah k....

Susu ibu mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protin yang sempurna untuk tumbesaran bayi. Banyak kandungan yang ada di dalam susu ibu tidak ada di dalam susu lembu.

Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari susu formula. Ia mengandungi kurang protin dan protin yang ada juga lebih nutrisi dari susu formula. Susu ibu mengandungi antibodi yang menolong melindungi bayi daripada bakteria dan virus. Antibodi ini juga menolong mereka menentang jangkitan kuman dan penyakit. Bayi yang menyusu susu ibu didapati lebih kurang mendapat jangkitan paru-paru, jangkitan kuman pada pundi kencing, telinga dan juga septicimia.

Tidak ada bayi yang alah kepada susu ibu. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak. Menyusu badan menjimatkan wang. Tidak perlu membeli, menyukat dan membancuh di tengah malam buta.
Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa. Menyusu boleh memyebabkan badan anda membakar kalori dengan lebih cepat. Anda senang kembali ke bentuk badan asal. Ia juga menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan. Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk. Menyusu akan menyenangkan ibu. Ia tidak memerlukan rancangan, packing atau alatan menyusu formula.

Cerita asal dari sini yek..

Sharing is Caring...

No comments :