Wednesday, 13 April 2011

Jadual Pam Susu Bagi Ibu Bekerja

Kali ni saya nak cite pasal jadual pam susu untuk ibu yang bekerja. Macam saya keje shift hanya dapat 3kali sesi pam sahaja setiap shift. Yang bestnya punya waktu keje saya hanya 2hari keje 2hari off. begitulah tiap hari dan sesi mengepam adalah wajib untuk saya ikuti.

Ibu yang dapat menyusukan anaknya secara direct amat bertuah berbanding ibu yang exclusively pumping (hanya mengepam saja kerana anak tak mahu direct feeding).
Jadual mengepam susu semasa pantang boleh dibuat mengikut kesesuaian ibu dan bayi. Ibu yang bayinya suka tidur mungkin ada banyak masa untuk mengepam berbanding bayi yang suka merengek dan menyusu. Namun ia tak jadi masalah kerana ibu boleh buat tandem nursing & pumping. Untuk memudahkan proses ni, ibu boleh mendapatkan pam elektrik. Namun, ada je ibu yang Marmet sambil menyusukan anak.
Ingat kata kunci : semakin kerap bayi menyusu dan ibu mengepam, semakin banyaklah susu dihasilkan.

Jadual mengepam susu semasa bekerja bergantung kepada kesesuaian kerja ibu tersebut. Sedikit tips dari saya untuk ibu bekerja:
  1. Bincang dengan majikan anda tentang keperluan anda untuk mengepam/memerah susu semasa bekerja. (Bos saya tiada masalah, dan dia tahu kalau saya tak ada, saya pergi pam susu lah tu)
  2. Cuba pastikan tempat yang sesuai untuk memerah susu misalnya bilik stor, surau, etc. Sekiranya tiada, cuba bincang dengan majikan untuk mendapatkan tempat yang sesuai. (Mujur kat ofis saya ade bilik rehat senangla nak mengepam)
  3. Tak perlu rasa malu pada colleagues atau menyorok-nyorok bila nak mengepam. Berbanggalah menjadi DUTA IBU  MENYUSU di pejabat!(tang ni ramai da tau kalau saya duk berkurung dalam bilik ngah mengepam la tu)
  4. Jangan gunakan alasan “menyusukan anak” untuk tidak cemerlang dalam pekerjaan. Perbuatan itu bakal mengundang ‘bad impression’ terhadap ibu2 yang menyusukan anak.
  5. Amalkan pengambilan supplement supaya anda sentiasa cergas dan cerdas, di pejabat mahupun di rumah. Saya pilik Shaklee sebagai supplement saya.

No comments :