Thursday, 7 April 2011

FISIOLOGI PENYUSUAN SUSU IBU


2 hormon utama diperlukan untuk penyusuan iaitu :





PROLAKTIN
• Dihasilkan oleh kelenjar pituitari di otak.

• Berfungsi agar kelenjar payudara menghasilkan susu.

• Sudah mula dihasilkan semasa hamil tetapi susu tidak dihasilkan kerana
dihalang oleh hormon lain.

• Payudara memerlukan beberapa minit semasa penghisapan bayi untuk
hormon ini dikeluarkan.

• Setiap kali penyusuan, kadar prolaktin meningkat hampir 10 kali ganda.

• Penghisapan bayi sangat penting untuk memastikan prolaktin dihasilkan dan susu dikeluarkan oleh alveoli.

• Lebih kerap bayi menghisap – lebih banyak prolaktin – lebih banyak susu.

• Lebih tinggi pada waktu malam.


OKSITOSIN
• Penting untuk pancutan susu.

• Reseptor oksitosin bertambah 10X ganda semasa hamil.

• Bertindak pada otot yang mengelilingi sel di alveoli lalu menolak susu dari alveoli ke duktus untuk dikeluarkan melalui putIng.

• Boleh menyebabkan ‘rengat’ – kerana pengecutan rahim.

• Hormon-hormon yang dikeluarkan semasa ‘stress’ akan menyebabkan oksitosin dihalang pengeluarannya.

Susu mengandungi FIL – feedback inhibitor of lactation (faktor menghalang penyusuan)

• Bila payudara dipenuhi susu – FIL akan memperlahankan pengeluaran
susu.

• Bila payudara ‘kosong’ – FIL berkurangan – penghasilan susu lebih cepat.

• Hormon lain yang terlibat – cortisol, insulin, tyroksin.
Credit to Dilla

No comments :