Saturday, 9 April 2011

Bahaya Air Bagi Bayi kurang 6 Bulan

Salam semua..haa..entry kali ni saya nak bagi kesedaran sikit pada mommies yang ada baby kecik tu. Jangan lah anda bagi anak anda minum air sesuka hati yek kerana memanglah tak sesuai dan kesan buruknya boleh check bawah ni:
  1. Memberi bayi air mendedahkan bayi kepada risiko seperti merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta menyebabkan sawan tarik
  2. Tumbesaran bayi yang diberikan air akan terencat kerana perutnya yang kecil sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat.
  3. Air boleh jadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku melalui sumber air atau bekas yang tidak bersih.
  4. Air menghakis salutan pelindung penyakit yang dhasilkan oleh susu ibu dan mendedahkan kepada pelbagai jangkitan.
  5. Bayi jaundis terdedah kepada terencat akal kerana air terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah dan mengakibatkan suhu badan jadi rendah, sawan arik dan kembung.
So, selagi anda mempunyai susu badan silalah berusaha dan tanamkan semangat untuk menyusukan bayi anda dengan jayanya seperti saya yang bersemangat setiap masa..setia berkhidmat untuk baby saya.....;)

No comments :